Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan PLATS 3.0 di Bazar Ramadan Bandar Kinrara 5, Puchong hari ini. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB lancar PLATS 3.0, bantu usahawan perluas perniagaan

SUBANG JAYA, 8 APRIL: Kerajaan Negeri meneruskan usaha membantu usahawan dengan melancarkan Platform Selangor (PLATS) 3.0.

Majlis pelancaran PLATS 3.0 dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Bazar Ramadan Bandar Kinrara 5, Puchong di sini.

Dianjur Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, platform maya itu pada kali ini bekerjasama dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Rakan Digital Selangor (RDS).

Pelaksanaan PLATS 3.0 pada kali ini turut melibatkan kerjasama 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membantu mempercepat penyertaan peniaga.

Turut hadir EXCO Usahawan Rodziah Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Johary Anuar.

Amirudin turut melancarkan Kempen Bawa Bekas Sendiri anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2022.

Beliau turut meluangkan masa mengunjungi gerai-gerai di Bazar Ramadan Bandar Kinrara 5, Puchong.


Pengarang :