Orang ramai berpusu-pusu mengunjungi bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk membuat persiapan menyambut perayaan ketika tinjauan pada 24 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 turun bawah 2,000 kes, lima kematian

SHAH ALAM, 17 MEI: Jumlah jangkitan harian Covid-19 menurun kepada 1,697 kes semalam berbanding 2,239 kes hari sebelumnya.

Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 4,479,809 kes dengan 30,879 daripadanya kes aktif.

Data menunjukkan sebanyak 29,693 kes menjalani kuarantin di rumah, 1,123 kes menerima rawatan di hospital, 40 kes di unit rawatan rapi termasuk 22 kes memerlukan bantuan pernafasan serta 23 kes di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19.

Sebanyak lima kematian dilaporkan semalam termasuk satu kes berlaku di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik 35,620 kes.

Selain itu, tiada kluster baharu direkodkan menjadikan keseluruhannya kekal 7,011 kluster dengan 54 daripadanya masih aktif.

 


Pengarang :