Orang ramai menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati pada 16 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rumah terbuka negeri dirai meriah, pusing tujuh lagi daerah hingga 21 Mei

SHAH ALAM, 17 MEI: Rumah terbuka Aidilfitri Selangor yang diadakan secara besar-besaran mulai kelmarin akan diteruskan lagi di tujuh daerah sehingga 21 Mei ini.

Program selama tiga jam yang diadakan pada sebelah petang atau malam membuka tirai di Hulu Selangor dan Gombak, diraikan meriah oleh penduduk setempat.

Majlis diserikan dengan sesi ramah mesra dan acara sumbangan duit raya oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari selain persembahan seni.

Kerajaan Negeri mengadakan semula majlis rumah terbuka setelah dua tahun dibatalkan akibat Covid-19  Tarikh dan lokasi program seperti berikut:

1. Hulu Langat: 17 Mei 2022 (Selasa), 8 – 11 malam
-Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi (berhadapan Tenera Hotel)

2. Sepang: 18 Mei 2022 (Rabu), 8 – 11 malam
-BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

3. Kuala Langat: 19 Mei 2022 (Khamis), 8 – 11 malam
-Pekarangan Stadium Jugra, Banting

4. Kuala Selangor: 20 Mei 2022 (Jumaat), 3 – 6 petang
-Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor

5. Sabak Bernam: 20 Mei 2022 (Jumaat), 4 – 7 petang
-Pekarangan Stadium Sungai Besar

6. Petaling: 21 Mei 2022 (Sabtu), 2.30 – 5.30 petang
-Padang Awam MBSJ, Puchong Indah

7. Klang: 21 Mei 2022 (Sabtu), 8 – 11 malam
-Dataran Kompleks Sukan Pandamaran

 


Pengarang :