Pengguna tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) menunggu giliran untuk menaiki pengangkutan awam itu ke destinasi masing-masing ketika tinjauan di Stesen LRT Pasar Seni pada 25 Mei 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Masalah bekalan kuasa punca gangguan LRT laluan Kelana Jaya

KUALA LUMPUR, 24 MEI: Gangguan sementara perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya pagi tadi berpunca daripada masalah bekalan kuasa elektrik di dua ‘Traction Power Sub Station’ (TPSS) di Stesen Taman Jaya dan Stesen Universiti.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekalan kuasa terputus pada 8.36 pagi sekali gus menyebabkan perkhidmatan tren mengarah ke Putra Heights di Stesen Taman Jaya terhenti sementara, sebelum bekalan kuasa dapat dikembalikan pada pukul 8.48 pagi.

Rapid Rail yang juga operator perkhidmatan berkenaan turut memaklumkan siasatan awal menunjukkan insiden berlaku selepas terdapat masalah pada pemutus litar ‘circuit breaker’ menyebabkan bekalan elektrik terputus dan tren kehilangan kuasa untuk bergerak.

“Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan dihadapi pelanggan khususnya mereka yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja pada masa itu,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :