Pengerusi Emeritus Institut Antarabangsa Pemikiran Islam (IIIT), Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menyerahkan naskhah kepada Pengarah Perpustakaan Raja Tun Uda Selangor Datin Paduka Mastura Muhamad(dua,kanan) selepas meluncurkan Buku Kombo Merdeka 65 Tahun (salina) di Pavilion Selangor PBAKL Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 12 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Anwar lawat Pavilion Selangor, luncur buku kombo tulisan A. Samad Said

KUALA LUMPUR, 12 JUN: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat ruangan Pavilion Selangor di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 dekat Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Anwar bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Pavilion Selangor kira-kira jam 4 petang diiringi Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad.

Anwar yang juga Pengerusi Emeritus Institut Antarabangsa Pemikiran Islam turut meluncurkan buku kombo merdeka 65 tahun tulisan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Naskhah setebal 1,120 halaman tulisan tokoh istimewa dalam bidang sastera itu menggabungkan tiga novel beliau bertajuk Salina, Langit Petang dan Hujan Pagi dijual pada harga RM128.

Pavilion Selangor di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 merupakan ruangan Selangor sebagai negeri tamu menyediakan pelbagai maklumat mengenai insentif negeri bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Pengerusi Emeritus Institut Antarabangsa Pemikiran Islam (IIIT), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tetamu ketika mengunjungi Pavilion Selangor PBAKL Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 12 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :