Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal Mazman Johar (tengah) ketika melawat jalan baharu di Kampung Sungai Ramal. Foto Mazwan Johar
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Jalan baharu di Kampung Sungai Ramal permudah urusan harian penduduk

SHAH ALAM, 2 JUN: Wakil rakyat Sungai Ramal memperuntuk dana RM20,000 bagi membina jalan baharu di Kampung Sungai Ramal, Kajang.

Mazwan Johar memaklumkan jalan menghubungkan Jalan Abim dan Jalan Kenanga itu adalah yang ketiga dibina serta mula digunakan penduduk sebaik sahaja pembinaan selesai dalam tempoh seminggu.

“Jalan ini dibina bagi memberi kemudahan kepada penduduk kampung selain mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Saya berharap penduduk sentiasa mengamalkan sikap timbang rasa dan menjaga keselamatan semua pengguna ketika menggunakan kemudahan ini,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau menambah, sejumlah RM50,000 telah diperuntukkan bagi membiayai pembinaan tiga jalan baharu di sekitar kawasan Sungai Ramal bagi keselesaan penduduk.

“Jalan pertama dibina di Taman Impian Ehsan ketika saya mula bergelar wakil rakyat dan kedua pula di Kampung Sungai Ramal Dalam.

“Sebelum ini, penduduk di kedua-dua kawasan itu terpaksa meredah jalan tanah merah dan keadaan bertambah buruk ketika hujan terutama kepada pelajar sekolah.

“Atas rasa tanggungjawab, saya membina kemudahan jalan ini supaya penduduk lebih selesa,” katanya.


Pengarang :