MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri hingga jam 9 pagi ini.
AGENDANASIONAL

Lima daerah di Selangor dijangka hujan lebat hingga tengah hari

SHAH ALAM, 24 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan lima daerah di Selangor mengalami ribut petir dan hujan lebat hingga jam 12 tengah hari ini.

Menurut agensi tersebut, daerah terlibat ialah di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Negeri lain yang diramal mengalami keadaan sama ialah Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Manakala, di Pahang melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau); Melaka (Alor Gajah), Sarawak (Bintulu) dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :