Proses pendaftaran sebagai calon sempena pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Ibu Pejabat KEADILAN, Petaling Jaya pada 11 April 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Anwar: Pemilihan KEADILAN tidak jejas parti, tiada permusuhan (VIDEO)

SHAH ALAM, 7 JULAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2022 yang berlangsung pada Mei tidak menjejaskan parti seperti pemilihan lalu.

Presiden parti itu menjelaskan pemilihan berkenaan berlangsung bebas, telus dan adil serta diterima ahli dengan mengekal semangat untuk mempertahan idealisme.

“Yang penting ialah ia tidak mencetuskan permusuhan yang tajam. Ketimbang (Berbanding) pengalaman lalu 2018. Dan oleh yang demikian, ia mudah meredakan,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Media Selangor.

Wawancara tersebut akan disiarkan secara bersiri mulai 13 hingga 15 Julai di portal Selangorkini dan YouTube Selangor TV. Temu bual tersebut juga dimuatkan dalam akhbar edisi 14-20 Julai.

Ketua pembangkang itu turut mengupas pelbagai isu semasa antaranya kenaikan harga barangan, kerjasama pembangkang dalam pilihan raya umum, Rang Undang-undang Antilompat parti dan pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan.


Pengarang :