Pengunjung terlibat dalam aktiviti berbasikal dalam program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 22 Mei 2022. Foto MBSA
PBTSELANGOR

MBSA anjur program tanpa kenderaan pada 17 Julai, beberapa jalan ditutup sementara

SHAH ALAM, 13 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan raya sempena program Shah Alam Tanpa Kenderaan 2022 pada Ahad iaitu 17 Julai ini.

Menurut MBSA, program yang bermula di Dataran Kemerdekaan itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk bandaraya berkenaan.

“Justeru, MBSA akan menutup sementara sebahagian jalan semasa acara itu berlangsung iaitu mulai jam 6.30 pagi hingga jam 9.30 pagi.

“Jalan terbabit adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, MBSA meminta kerjasama orang ramai supaya tidak menggunakan laluan berkenaan dalam tempoh yang dinyatakan bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

“Orang ramai diminta sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh MBSA dan menggunakan jalan alternatif untuk ke destinasi yang ingin ditujui,” katanya.


Pengarang :