Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam pada 23 September 2021. Foto BERNAMA
BERITA UTAMASELANGOR

Polis Selangor tahan 1,364 keldai akaun terima upah cecah RM600 seminggu

SHAH ALAM, 3 JULAI: Polis Selangor menahan 1,364 keldai akaun yang menerima upah mencecah RM600 seminggu bagi tempoh Januari hingga Jun lalu.

Ketua Polis negeri Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata daripada jumlah tersebut, seramai 928 merupakan suspek lelaki manakala 436 lagi wanita.

“Bayaran yang selalu diperolehi individu menjual akaun ialah anggaran RM100 hingga RM600 dalam tempoh seminggu. Sindiket yang mencari keldai akaun ini aktif di media sosial.

“Punca seseorang itu menjadi keldai akaun antaranya mangsa penipuan e-dagang, mahu mendapatkan imbuhan, membantu memindahkan wang, tawaran kerja dan mangsa ah long,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Arjunaidi individu yang dijadikan sasaran keldai akaun biasanya berusia 20 hingga 40 tahun selain tidak mempunyai pekerjaan tetap serta dikaburi janji memperolehi wang dengan cara mudah.

“Individu yang menjadi keldai akaun boleh didakwa di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan wang secara tidak jujur dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barang curi.”

 


Pengarang :