Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-14 di Bangunan Annex pada 14 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Saksikan sidang Dewan Negeri di SelangorTV mulai esok hingga 5 Ogos

SHAH ALAM, 24 JULAI: Dewan Negeri Selangor (DNS) bakal bersidang mulai esok hingga 5 Ogos ini dan akan disiarkan secara langsung menerusi SelangorTV mulai jam 9.30 pagi.

Sesi perbahasan Ahli Dewan Negeri (ADN) juga boleh diikuti menerusi Facebook Media Selangor, portal Selangorkini (SK) dan Selangor Journal, selain SK edisi Mandarin dan Tamil.

Pada Rabu ini, Rancangan Selangor Satu (RS-1) akan dibentangkan, iaitu perancangan Kerajaan Negeri untuk memperkukuh ekonomi dan kebajikan rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sidang DNS kali ini juga dijangka menyaksikan perbahasan mengenai usaha Kerajaan Negeri menangani kenaikan harga makann, isu kemudahan sukan, persediaan menghadapi bencana dan alam sekitar.

Turut dijangka mendapat perhatian wakil rakyat adalah isu kesihatan, perubahan iklim, pembuangan sampah haram dan usaha menjaga kepentingan rakyat.


Pengarang :