EXCOSELANGOR

MBSJ anjur Selamat Pagi Subang Jaya esok, saji pelbagai acara menarik

SHAH ALAM, 6 OGOS: Warga Subang Jaya dipelawa hadir memeriahkan program Selamat Pagi Subang Jaya anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Jalan Kemajuan berhadapan Subang Parade, esok.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik Azfarizal Abdul Rashid berkata program yang dijenama semula dari Hari Tanpa Kenderaan itu bermula jam 7.30 pagi hingga 11 pagi dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik.

“Program ini dijalankan pada setiap Ahad pada minggu pertama setiap bulan bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat sekali gus mengurangkan penggunaan kenderaan dan pelepasan asap karbon dioksida untuk meneruskan kelestarian bandar raya ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara aktviti menarik seperti berikut :
– Senamrobik Subang Jaya
– Kayuhan santai
– Larian & jalan santai
– Pesta makanan
– Bual bicara bersama datuk bandar MBSJ
– Klinik street soccer
– Pertandingan street soccer
– Persembahan jalanan
– Pemeriksaan kesihatan percuma
– Demontrasi pertahanan diri

Dalam pada itu, Azfarizal memaklumkan pihaknya akan menutup dan melencongkan sebahagian bagi memastikan kelancaran sepanjang program dijalankan.

“Penutupan dan lencongan membabitkan disebahagian Jalan Kemajuan, Subang Jaya bermula dari Persimpangan Jengka sehingga ke Persimpangan Persiaran Kemajuan dan penutupan sebahagian lorong Jalan SS16/1 bermula Persimpangan Persiaran Kemajuan hingga Persiaran Jengka,” katanya.


Pengarang :