Keadaan dapur sebuah restoran di PJU 1A/4, Ara Damansara ketika diperiksa oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 9 Ogos 2022. Foto FACEBOOK MBPJ
PBTSELANGOR

Padah letak makanan atas lantai, restoran kotor diarah tutup 

SHAH ALAM, 10 OGOS: Sebuah restoran di PJU 1A/4, Ara Damansara diarah tutup serta merta berikutan premisnya didapati kotor selain meletakkan bahan makanan atas lantai dalam operasi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan restoran berkenaan juga gagal melaksanakan kawalan serangan perosak selain tidak menyelenggara perangkap minyak dengan baik.

“Tindakan tegas diambil dengan mengeluarkan notis penutupan dan kompaun bagi kesalahan premis tidak bersih, tidak memakai topi, apron dan kasut.

“Selain itu, premis juga dikenakan kompaun kerana gagal menjalankan kawalan serangga perosak dan meletakkan bahan makanan diatas lantai,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan premis makanan kotor menerusi talian hotline 03-7954 2020 atau Facebook dengan melayari www.facebook.com/mbpjaduan selain aplikasi eaduan MBPJ atau menghantar WhatsApp di 011-1201 7914.

“Anda diluar sana, pastikan memilih premis makanan yang bersih sahaja untuk dikunjungi,” katanya.

Keadaan dapur sebuah restoran di PJU 1A/4, Ara Damansara ketika diperiksa oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 9 Ogos 2022. Foto FACEBOOK MBPJ

Pengarang :