Mohd Hafizi Rozmi menunjukkan ayam dan ikan yang dijual dengan harga murah menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Rama di perkarangan Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi, Kajang pada 16 September 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jelajah jualan murah diteruskan ke sembilan lagi lokasi esok

SHAH ALAM, 20 SEPT: Lori Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang membawa barangan keperluan harian pada harga murah meneruskan jelajahnya ke sembilan lagi lokasi esok.

Lokasi berkenaan membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak, Sungai Panjang, Permatang, Bukit Melawati, Hulu Kelang, Teratai, Sementa dan Dengkil.

Jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Barang yang ditawarkan adalah ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM6 per pek).

Berikut senarai lokasi lori JER:

– Taman permainan Taman Air Manis (Sabak)
– Pekan Sungai Lima (Sungai Panjang)
– Tapak pasar Rabu (Permatang)
– Tapak pasar Kampung Bukit (Permatang)
– Sasaran Sungai Buloh (Bukit Melawati)
– Parkir Surau Al Ittifaq (Hulu Kelang)
– Padang Flat Pandan Mewah (Teratai)
– Tapak parkir balai MPKK (Sementa)
– Dewan Jubli Intan (Dengkil)

Maklumat lokasi jelajah lori berkenaan juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS

Inisiatif jualan murah PKPS melalui lori dianjurkan menerusi program bersama wakil rakyat setempat ke 160 lokasi hingga hujung tahun ini.

Pada 25 Julai lalu, EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim memberitahu lebih 80,000 rakyat menerima manfaat melalui program berkenaan.

 


Pengarang :