Keadaan di sekitar Sungai Klang berhampiran Masjid Jamek yang dinaiki air akibat daripada hujan lebat ketika tinjauan pada 10 Sept 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lima daerah di Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 2 petang

SHAH ALAM, 2 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 2 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut dijangka melibatkan lima daerah iaitu Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta seluruh Kuala Lumpur dan Perlis.

Situasi sama diramal di Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda; Pahang (Bentong) serta Johor (Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Manakala Sarawak di Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis) dan Kapit (Song).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :