Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas pada harga murah sempena program Jelajah Ehsan Rakyat di Flat Merpati B, Pandan Indah pada 15 September 2022. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Program jualan murah di Pandan Indah terima sambutan, beratur seawal jam 8 pagi

AMPANG,JAYA 15 SEPT: Hampir 100 penduduk di Flat Merpati B, Pandan Indah di sini, beratur seawal jam 8 pagi untuk membeli barangan keperluan asas pada harga murah sempena Jelajah Ehsan Rakyat.

Pengurus Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah berkata jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) adalah kali kelima dianjurkan di peringkat DUN tersebut.

Pengurus Khidmat DUN Pandan Indah, Noriza Zain. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI

“Jualan murah hari ini terima sambutan menggalakkan apabila selesai dalam tempoh kurang dua jam. Ia membuktikan inisiatif ini berjaya mencapai sasaran.

“Semalam julan murah turut dianjurkan di Flat 940 Pandan Indah, juga jualan habis dalam tempoh tidak sampai dua jam,” katanya kepada SelangorKini.

Jelajah Ehsan Rakyat berlangsung setiap hari di lokasi terpilih seluruh negeri dari 9 pagi hingga 1 tengah hari mulai 31 Ogos hingga 31 Disember ini.

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu diadakan bagi membantu rakyat berhadapan kenaikan harga barang mendadak.

Pada 30 Ogos, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi jualan enam jenis barangan asas iaitu ayam, daging, ikan, telur, beras dan minyak masak.


Pengarang :