Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Kaunter tambahan, bergerak MPK di pusat beli-belah dan pasar raya

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KLANG, 31 OKT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyediakan kaunter tambahan dan bergerak di kompleks beli-belah dan pasar raya sepanjang November ini.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata inisiatif itu bagi memudahkan penduduk setempat melaksanakan pelbagai urusan termasuk menjelaskan pembayaran cukai taksiran, pembaharuan lesen perniagaan, industri dan iklan bagi 2023.

“Saya menyeru kepada orang awam untuk mengambil kesempatan pada tarikh yang dinyatakan bagi menjelaskan bayaran cukai anda dan membuat pembaharuan lesen perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena Mesyuarat Penuh MPK hari ini.

Katanya, kaunter tambahan akan dibuka di Aeon Big Kapar pada 5 hingga 6 November, GM Klang (12-13 November) dan AEON Bukit Raja (26-27 November) mulai 10.30 pagi hingga 5 petang.

“Manakala kaunter bergerak di Pasaraya NSK Sentosa, Taman Sentosa pada 12 hingga 13 November dan rumah pangsa Pandamaran (26-27 November) bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari,” katanya.


Pengarang :