AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 25 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

MetMalaysia turut memberi amaran cuaca buruk itu di beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :