Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyantuni Che Waa Salleh (dua, kanan) dan Zuraidah Othman (dua, kiri) pada program Ziarah Kasih di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Jalan AU1B, Ampang pada 31 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Warga emas guna wang bantuan negeri beli ubat, lampin pakai buang

AMPANG, 1 NOV: Seorang penghidap penyakit glaukoma (saraf mata) menggunakan bantuan Kerajaan Negeri sebagai modal membeli keperluaan ubatan.

Warga emas Che Waa Salleh, 73, berkata beliau yang kini tidak dapat melihat selain tidak boleh berjalan hanya mengharapkan pendapatan anak.

“Terima kasih beri bantuan hari ini (semalam). Boleh gunakan beli lampin pakai buang, ubat dengan makanan. Boleh tampung belanja bulanan,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu beliau menerima sumbangan yang diserahkan sendiri oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada program ziarah kasih.

Sementara itu Yaakob Harun, 65, menganggap bantuan itu diberi pada masa yang tepat memandangkan berdepan isu pandapatan keluarga.

Beliau yang sebelum ini membawa teksi tidak dapat mencari rezeki ekoran keadaan kaki yang tidak boleh berfungsi dan hanya mengharapkan keuntungan jualan kecil-kecilan diusahakan isteri Rokiah Ibrahim, 63.

“Anak ke empat juga terpaksa berhenti kerja kerana mengalami sakit tulang belakang. Baharu saja jalani pembedahan.

“Terima kasih beri sumbangan ini kerana boleh kurangkan beban belanja. Kami bergantung kepada jualan harian dan wang zakat,” katanya.


Pengarang :