AGENDANASIONAL

Selangor diramal alami hujan lebat, ribut petir hingga 9 malam

SHAH ALAM, 23 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang, sebahagian besar di Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya turut mengalami cuaca sama.

Amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia.

Orang awam boleh merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :