AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut petir di KL, lapan daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 23 JAN: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama melibatkan seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :