Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Mohamad Azhan Md Amir (tengah) ketika melawat bazar Ramadan SS6/1, Petaling Jaya pada 5 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Peniaga bazar Ramadan digalak sertai PLATS, bantu tarik pelanggan

PETALING JAYA, 4 JAN: Peniaga bazar Ramadan sekitar Petaling Jaya digalak menyertai Platform Selangor (PLATS) bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.

Datuk bandar Petaling Jaya berkata produk jualan akan dipromosikan menerusi aplikasi itu sekali gus menarik lebih ramai pelanggan.

“Menerusi PLATS, pelanggan lebih meluas dan tidak hanya tertumpu di kawasan peniaga sahaja. Ini dapat meningkatkan pendapatan jualan.

“Jadi kita harap semua peniaga bazar nanti akan mendaftar dengan PLATS ini. Ketika ini kita masih membuka permohonan bazar,” kata Mohamad Azhan Md Amir pada majlis angkat sumpah ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.

Sebagai usaha menggalakkan peniaga menyertai PLATS, Mohamad Azhan berkata jabatan perlesenan akan mendekati golongan terbabit bagi membantu proses pendaftaran.

Setakat November tahun lalu, hampir 20,000 peniaga mendaftar dengan PLATS sejak platform itu dilancarkan pada 2020.


Pengarang :