ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli menyampaikan sumbangan kepada pelajar dalam Program Kembali Ke Sekolah anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Dewan Bandar Baru MPKS, Kuala Selangor pada 22 Januari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Warga DUN Bukit Melawati dipelawa mohon bantuan buka sekolah

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 4 JAN: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati dipelawa memohon bantuan kembali ke sekolah 2023 sebelum tarikh tutup 18 Januari.

Wakil rakyatnya Juwairiya Zulkifli berkata program anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan pusat khidmat DUN itu terhad kepada 90 permohonan awal.

“Pengambilan borang permohonan boleh hadir di pejabat pusat khidmat DUN Melawati dengan satu penerima untuk satu keluarga sahaja,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Juwairiya menyatakan antara syarat kelayakan bantuan terbabit iaitu pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah, pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah serta ibu bapa atau penjaga adalah pengundi DUN Bukit Melawati.

“Namun penerima bantuan lain seperti Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Anak Selangor dan bantuan kehidupan sejahtera Selangor tidak layak memohon,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi encik Hafiz di talian 013-334 5627.

 


Pengarang :