EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni (tiga, kiri) diiringi Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey (dua, kanan) menunjukkan Menu Rahmah ditawarkan Restoran Deli Thai, Seksyen 7 Shah Alam pada 3 Mac 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kunjungi 64 restoran, kedai makan saji Menu Rahmah di Selangor

SHAH ALAM, 3 MAC: Sebanyak 64 restoran dan kedai makan di seluruh Selangor menyajikan Menu Rahmah berharga RM5 sejak dilancar pada 31 Januari lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengucapkan terima kasih kepada rakan strategik kementeriannya yang menjayakan pelancaran hidangan tersebut di negeri ini.

“Setakat ini, KPDN berjaya meluaskan rangkaian Menu Rahmah kepada beberapa cawangan dan premis restoran di seluruh Malaysia.

“Insya-Allah, akan ada pertambahan di masa akan datang,” kata Datuk Seri Salahuddin Ayub di Facebook.

Pada program pelancaran Menu Rahmah peringkat negeri hari ini, pengarah KPDN Selangor berkata lebih 300 restoran dan kedai makan di Selangor mendaftar bagi menawarkan hidangan berkenaan.

Mohd Zuhairi Mat Radey berkata 200 premis telah pun menawarkan menu tersebut manakala selebihnya dalam masa terdekat.

Senarai premis seluruh negeri yang menawarkan Menu Rahmah:

   


Pengarang :