Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa Afrishah Azizi (kanan) bersama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Klang (MPK) ketika meninjau perairan Sungai Puloh pada 9 Jun 2023. Foto Facebook Pejabat Penyelaras DUN Sementa N43
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Sementa tinjau, ambil sampel ribuan ikan mati di Sungai Puloh

Oleh Iman Izziqry

SHAH ALAM, 11 JUN: Pengurusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa bersama beberapa agensi meninjau dan mengambil sampel di Sungai Puloh, Klang selepas ribuan bangkai ikan terapung permukaan air.

Penyelarasnya Afrishah Azizi berkata pihaknya masih menunggu keputusan persampelan bagi mengetahui punca sebenar pencemaran air selain kawasan mana yang terlibat.

“Sebaik sahaja menerima aduan 8 Jun lalu, esoknya kami meminta kerjasama Jabatan Perikanan, Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Perbandaran Klang untuk pergi ke lokasi kejadian.

“Keadaan sangat menyedihkan, boleh dilihat ribuan bangkai ikan timbul terapung di sekitar perairan Sungai Puloh, pihak kami sedang menunggu keputusan laporan penuh daripada agensi terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Keadaan bangkai ikan yang terapung di perairan Sungai Puloh, Klang ketika tinjauan pada 9 Jun 2023. Foto Facebook Pejabat Penyelaras DUN Sementa N43

Afrishah menambah para nelayan juga gusar untuk turun ke laut berikutan insiden tersebut.

“Pastinya tekanan buat para nelayan yang kita ambil berat sekarang, mereka tak dapat turun ke laut kerana risau ikan-ikan yang mereka tangkap itu tak selamat untuk dimakan.

“Sebab kita tak tahu bahan kimia apa yang ada di dalam air. Khabar dari nelayan, kebanyakan ikan yang mati adalah jenis ikan yang berada di dasar air,” katanya.


Pengarang :