Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan bergambar kenangan pada majlis sambutan ulang tahun Pekawanis ke 15 dan hari ibu peringkat negeri Selangor 2023 di IDCC Shah Alam pada 31 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ziarah Medik masuki sesi kedua, Pekawanis peruntuk RM200,000

SHAH ALAM, 1 JUN: Program Ziarah Medik kelolaan Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) bakal diteruskan lagi Jun ini.

Yang dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata bagi sesi kedua itu dianggar lebih 400 pesakit kronik dari 40 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibantu.

Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad berucap pada majlis sambutan ulang tahun Pekawanis ke 15 dan hari ibu peringkat negeri Selangor 2023 di IDCC Shah Alam pada 31 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM

“Kita sudah selesai fasa pertama Ziarah Medik Mac lalu membabitkan dana RM2,500 bagi setiap DUN untuk disalurkan kepada 10 pesakit yang masing-masing menerima bantuan RM250 setiap seorang.

“Susulan sambutan yang diterima pada fasa pertama di 38 DUN, kita akan teruskan dengan sesi seterusnya melibatkan peruntukan sama. Secara keseluruhan RM200,000 disediakan bagi Ziarah Medik tahun ini,” katanya.

Isteri kepada Dato’ Menteri Besar itu berkata demikian ketika ditemui pada Sambutan Hari Ibu dan Ulang Tahun Ke-15 Pekawanis yang diadakan di Pusat Konvensyen IDCC di sini semalam.

Majlis diseri dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin diiringi Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad meninjau pempamer pada majlis sambutan ulang tahun Pekawanis ke 15 dan hari ibu peringkat Selangor 2023 di IDCC Shah Alam pada 31 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM

Program Ziarah Medik yang memasuki tahun ketiga itu mengutamakan ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) daripada keluarga kurang berkemampuan (B40).

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin pada majlis sambutan ulang tahun Pekawanis ke 15 dan hari ibu peringkat Selangor 2023 di IDCC Shah Alam pada 31 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM

Pengarang :