Calon Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri pada sidang media di Bilik Gerakan media DUN Permatang pada 7 Ogos 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Selangor undur ke belakang jika rakyat undi PN

TANJONG KARANG, 12 OGOS: Calon Permatang mengingatkan rakyat Selangor tidak membawa negeri termaju ini mengundur ke belakang dengan memilih Perikatan Nasional.

Mohd Yahya Bin Mat Sahri atau mesra dipanggil Pakya berkata di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Selangor berjaya menjadi negeri berprestasi tinggi.

“Selangor ini negeri berprestasi tinggi dari segi ekonominya paling pesat, masyarakatnya, kemudahannya, sukannya dan lain-lain.

“Begitu juga banyak inisiatif untuk rakyat yang tak ada di negeri lain,” katanya dalam ucapan pada program Grand Finale Permatang di Kampung Sungai Terap malam tadi.

Katanya, Kelantan, Terengganu dan Kedah bukanlah negeri yang boleh dijadikan model berikutan tidak mampu memberi faedah maksimum kepada rakyatnya.


Pengarang :