Pengasuh Adibah Nor Mokles, 32, melakukan aktiviti membaca bersama kanak-kanak ketika pelancaran Taska Anak Petugas Barisan Hadapan di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 18 Februari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 2,000 individu dibantu yuran bulanan tadika, baki permohonan sedang diproses

SHAH ALAM,18 SEPT: Seramai 2,124 individu menerima manfaat Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) berjumlah RM50 kendalian Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) setakat awal bulan ini.

Penolong Pengurus Komunikasi Korporatnya Sharizan Mohd Shariff berkata bantuan diperkenal sejak 2012 untuk membantu meringankan beban ibu bapa itu semakin mendapat sambutan.

“Setakat minggu lalu, seramai 2,124 individu menerima subsidi yuran berjumlah RM50 sebulan kepada pemohon yang layak.

“Bagi permohonan sesi baharu yang dibuka sejak 3 April lalu, kita menerima sebanyak 4,144 permohonan dan ada sebahagiannya sedang dalam proses kelulusan,” katanya dihubungi SelangorKini.

Tunas merupakan bantuan yuran bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya disalurkan terus kepada tadika berdaftar di https://tunasv2.yawas.my/admin/list_tadika.php.

Pendaftaran baharu boleh layari http://tunas.yawas.my/. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-5481 8800 atau layari laman sosial Facebook dan Instagram Yawas serta Youtube Yawas TV.

Dikendalikan Yawas, bantuan lain yang memfokuskan kebajikan dan kesejahteraan golongan anak-anak di Selangor ialah Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar), Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIS) dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk warga emas.


Pengarang :