AGENDANASIONAL

Ramalan hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 18 SEPT: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor hingga 1 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama dijangka melanda beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :