Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap merasmikan Wacana Ekonomi Ummah 1.0 bersempena Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-26 Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Selangor di Quayside Mall Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 14 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Dewan perdagangan diseru lahirkan usahawan pintar digital, depani revolusi industri

KUALA LANGAT, 14 OKT: Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Selangor diseru memainkan peranan membimbing peniaga dan pengusaha muslim negeri ini mengadaptasi teknologi digital.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendekatan itu bagi memastikan usahawan muslim tidak tertinggal dalam arus semasa yang dipanggil revolusi industri 4.0 (IR4.0).

“Pendigitalan dan IR4.0 mengetuai dunia ketika ini. Dari hari ke hari, media sosial seperti Facebook yang dahulunya medium cari kenalan lama, kemudian X dan TikTok akhirnya jadi platform promosi produk perniagaan.

“Ini satu cabaran besar harus didepani peniaga, apatah lagi dalam kalangan umat Islam. DPIM perlu bersama ahli pasukannya perlu bawa atau lahirkan (peniaga) pintar digital supaya tidak tenggelam dalam situasi semasa,” katanya.

Beliau berucap pada Wacana Ekonomi Ummah 1.0 sempena Mesyuarat Agong Tahunan ke-26 DPIM Selangor di Quayside Mall, Telok Panglima Garang di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Wacana Ekonomi Ummah 1.0 bersempena Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-26 Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Selangor di Quayside Mall Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 14 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Dalam majlis sama, Amirudin mengumumkan dana RM50,000 bagi membantu badan bukan kerajaan (NGO) terbabit memperkenalkan produk usahawan muslim selain pelaksanaan program dirancang pada masa akan datang.

Sementara itu, beliau mengakui perniagaan wajar dijadikan sebagai profesion bertepatan saranan hadis bahawa sembilan persepuluh punca rezeki datang daripada perniagaan.

“Ini satu perkara kita patut sedar dan budaya berniaga harus bermula dengan asas sangat jelas iaitu amanah. Tiada masalah mencipta keuntungan, tetapi dibuat cara amanah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DPIM Selangor Mohd Yahya Mat Sahri berkata lebih 500 peserta terdiri daripada wakil institusi masjid, surau serta peniaga muslim dihimpunkan dalam program berkenaan.

“Peserta didedahkan forum berkaitan pengurusan aset di institusi ummah seperti masjid, surau dan sekolah supaya ianya dapat diurus dengan baik.

“Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut ditampilkan bagi menjelaskan masalah integriti dalam sistem pengurusan institusi ummah yang perlu dielakkan,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) ketika majlis perasmian Wacana Ekonomi Ummah 1.0 bersempena Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-26 Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Selangor di Quayside Mall Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 14 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat reruai pameran selepas merasmikan Wacana Ekonomi Ummah 1.0 bersempena Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-26 Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Selangor di Quayside Mall Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 14 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat reruai pameran selepas merasmikan Wacana Ekonomi Ummah 1.0 bersempena Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-26 Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Selangor di Quayside Mall Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 14 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :