Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Gombak, Hulu Langat antara lokasi diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 7 DIS: Hujan lebat diramal melanda lima daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat diisertai ribut petir dan angin turut melanda seluruh Pulau Pinang selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :