BUDAYARENCANA

Penghidupan

 

kerana hidup bebas mahu
hidup pada siapa
sungaiku kehilangan manis umpan
tanahku duduki menjelma debu
tamanku tidak dijilat
musim bunga,
rumahku terurai tiang dan
paku

aku remuk redam dengan
selembar diri

hidup bebas
memasukkan diri pada
siapa
angin meniupku terus
berlalu dengan udara
rintik hujan menebal di
mata

tiada yang kunjung padaku
takdir kupuja
menetaskan makna lain

kalau kuhidup
dalam sebuah mati
aku tidak perlu diburu waktu lagi
tidak juga meminta bebas, aku
bercinta , memiliki segalanya
membenci , dipisahkan dari semua

cukup begitu
dan sekali bererti

kalau hidup harus berlalu
aku berhenti harus hidup
dalamnya

duniaku bentuk, bergelut sendiri
mati sendiri.

Clariessa Kesulai


Pengarang :