Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 27 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

DUN Sungai Tua, Tanjung Sepat antara empat lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 16 APRIL: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dijadual berlangsung di empat lokasi esok mulai 10 pagi.

Menurut poster di Facebook PKPS, Jualan Ehsan Rahmah (JER) akan diadakan di Masjid Al-Ridha (Sungai Pelek), Flat Putri Laksamana (Sungai Tua) dan Jalan Nirwana 14 (Pandan Indah).

Program sama turut dianjurkan di Balai Raya Kampung Hulu Teris (Tanjung Sepat) dengan pelbagai barangan dijual seperti ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Tahun lalu, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program tersebut selain diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR).

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :