Orang awam menyaksikan cahaya masuk melalui cermin cahaya kiblat pada program falak anjuran Masjid Al-Khairiyah, Gombak sempena peristiwa Istiwa’ A’dzam pada 28 Mei 2023. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kiblat di rumah, persatuan ahli falak negeri tawar khidmat semak arah tepat

SHAH ALAM, 16 APRIL: Umat Islam di negeri ini dipelawa melakukan semakan dan penentuan arah kiblat di kediaman masing-masing.

Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS) memaklumkan perkhidmatan terbuka kepada penduduk di negeri ini dan mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi pautan bit.ly/qiblati atau https://wasap.my/60166061653/KiblatD’Rumah.

“Sukacita dimaklumkan PAFNS membuka penyertaan kepada semua rakyat di negeri Selangor membuat pendaftaran kiblat di rumah.

“Pihak PAFNS akan hadir membuat penentuan arah kiblat di rumah anda. Bayaran yang dikenakan adalah RM70 sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi persatuan itu.

PAFNS merupakan persatuan yang ditubuhkan Jabatan Mufti negeri pada 2008 khusus untuk membantu menyedia perkhidmatan menyemak, mengukur dan memperbetulkan arah kiblat dari rumah ke rumah.

Persatuan itu sudah memberikan perkhidmatan berkenaan di lebih 10,000 kediaman di seluruh Selangor.


Pengarang :