AGENDANASIONAL

Hujan lebat, ribut petir diramal landa Hulu Selangor hingga 2 petang

SHAH ALAM, 16 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor hingga 2 petang.

Menurut agensi itu, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku di beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang  www.met.gov.my,, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :