Orang ramai yang terkandas di Lapangan Terbang Dubai selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda banjir buruk pada 14 hingga 15 April 2024. Foto Facebook Trip Kekawan
AGENDAGLOBAL

Lapangan Terbang Dubai buka semula daftar masuk Emirates, Flydubai

DUBAI, 18 APRIL: Lapangan Terbang Dubai telah mengumumkan pembukaan semula tatacara daftar masuk di Terminal 3 untuk Emirates dan Flydubai.

Lapangan Terbang Dubai dalam kemas kini mengenai operasi lapangan terbang dan penerbangan, mengumumkan bahawa balai berlepas di Terminal 3 mengalami kemasukan penumpang yang ketara, menggesa pelanggan untuk pergi ke lapangan terbang hanya jika mereka mempunyai tempahan penerbangan yang disahkan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Lapangan terbang itu juga menasihatkan penumpang untuk menghubungi syarikat penerbangan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan mereka.

Laman web Lapangan Terbang Dubai pada Rabu menyatakan penerbangan ditangguhkan dan dialihkan untuk menangani gangguan berkaitan cuaca.

Memetik laporan media, UAE menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 75 tahun iaitu dari lewat Isnin hingga Selasa malam, melepasi rekod sebelumnya sejak permulaan pengumpulan data pada 1949.

-BERNAMA-WAM


Pengarang :