Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah sempena program Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Aidilfitri DUN Sungai Tua di Gua Damai Extreme Park, Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves pada 7 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Surau Al Aziziah di Taman Keramat Permai antara empat lokasi JER esok

SHAH ALAM, 17 APRIL: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dijadual berlangsung di empat lokasi esok, mulai 10 pagi.

Menurut poster di Facebook PKPS, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di padang awam Kampung Sungai Buah (Dengkil), Pusat Latihan Inovasi Selangor (Sabak), depan Kedai Makan Anggerik di Taman Anggerik (Bukit Melawati) dan Surau Al Aziziah di Taman Keramat Permai (Hulu Kelang).

Inisiatif jualan murah itu menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :