AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Temu duga bersemuka dibenarkan, patuhi SOP

SHAH ALAM, 17 JUN: Agensi Kerajaan dan swasta dibenarkan mengadakan sesi temu duga secara bersemuka bagi pengambilan kakitangan baharu berbanding dalam talian sebelum ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menyediakan tatacara operasi piawai (SOP) yang disemak Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri untuk kelulusan.

“SOP yang diluluskan digunakan sebagai rujukan oleh semua kementerian dan agensi dalam mengendalikan proses temu duga,” kata menteri kanan (kluster keselamatan) ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Kerajaan sebelum ini hanya membenarkan sesi temu duga secara dalam talian sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu bagi mengekang penularan Covid-19.


Pengarang :