NASIONAL

Persempadanan tidak adil, Pua yakin pilihan rakyat

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 27 APR: Persempadanan semula kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara (kini Damansara) dengan jumlah pengundi hingga lebih 165,000 disifatkan tidak adil dan logik.

Calon Pakatan Harapan (PAKATAN), Tony Pua Kiam Wee berkata, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meluaskannya hingga ke sempadan Selayang memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) memenangi semula kawasan itu.

“Jika dibandingkan dengan Parlimen Sungai Buloh mempunyai pengudi kira-kira 80,000, maka ia tidak logik dan adil.

“Apa justifikasi mempunyai dua kawasan Parlimen bersebelahan dengan perbezaan jumlah pengundi begitu besar yang tidak lain tindakan SPR menyusahkan penyokong pembangkang dan membolehkan BN menang,” katanya kepada media.

Beliau berkata, bagaimanapun sokongan rakyat ketika ini dianggap boleh memberi kelebihan kepadanya bagi mengekalkannya dalam PRU ini.

“Saya yakin dengan kematangan rakyat Selangor yang mendapat banyak manfaat daripada program Inisiatif Paduli Rakyat diperkenalkan Kerajaan Negeri,” katanya.

Dalam PRU nanti, Tony Pua akan ditentang Ho Kwok Xheng (BN) dan calon dari Gagasan Sejahtera.

Ketika PRU13, beliau memenangi Parlimen Petaling Jaya Utara dengan majoriti 44,672 apabila mendapat 57,407 undi mengalahkan Chew Hoong Ling (BN) (12,735).


Pengarang :