SELANGOR

Proses pencalonan Parlimen Ampang lancar, Azmin ditentang Azwan

OLEH HAFIZAN TAIB

AMPANG 28 APR: Proses penamaan calon bagi kawasan Parlimen Ampang di Dewan Datuk Ahmad Razali, Ampang, di sini, berjalan lancar di Dewan Datuk Ahmad Razali, Ampang di sini, hari ini.

Ia bermula kira-kira jam 9 pagi dan berakhir pada sekitar jam 11 pagi dengan semua calon bertanding mengemukakan borang pencalonan pilihan raya umum ke 14 (PRU14) dalam tempoh masa itu.

Pegawai Pengurus Pilihanraya Ampang, Abdul Hamid Hussein berkata, proses penamaan calon bagi kawasan berkenaan berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini.

“Semua calon bertanding mengemukakan borang pencalonan yang lengkap seperti disyaratkan dan tiada sebarang penolakan nama calon,” katanya.

Parlimen Ampang menyaksikan saingan empat penjuru dengan penyandangnya, calon Pakatan Harapan (PAKATAN) iaitu Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin akan dicabar Leong Kim Soon (Barisan Nasional – BN), Nurul Islam Mohamed Yusoff (PAS) dan Tan Hua Meng (Parti Rakyat Malaysia – PRM).

Sementara itu calon PAKATAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bakal ditentang empat pencabar dalam usaha mengekalkannya.

Salah seorangnya ialah adiknya sendiri iaitu selebriti tanahair, Mohamed Azwan Ali yang bertanding atas tiket Bebas.

Manakala tiga calon lain, Salwa Yunus (BN), Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS) dan Ahmad Kamaruddin (PRM)

Bagi DUN Lembah Jaya pula, Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha, tampil sebagai wakil PAKATAN.

Beliau bakal berdepan penyandang, Khazim Abdul Aziz (PAS) serta dua yang lain iaitu Muhamad Nizam Shith (BN) dan Norizam Mohamad (PRM).

PRU14 kali ini akan dimulakan pada 5 Mei untuk undian awal manakala 9 Mei (hari mengundi).

=EZY=


Pengarang :