NASIONAL

Salah guna kuasa, anggota RELA digantung jawatan

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 22 JUN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius klip video yang tular mengenai satu insiden pertengkaran di lebuh raya membabitkan seorang individu mendakwa dirinya dari KDN.

KDN berkata, individu itu merupakan Ahli Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang dilantik pada Februari 2015.

“Kami telah menyiasat perkara itu mendapati individu itu telah digantung dari jawatan tersebut dan disiasat atas salahguna kuasa pada Mei 2017.” katanya dalam kenyataan.

KDN memohon agak pihak terlibat tampil membuat laporan polis supaya tindakan selanjutnya untuk menyiasat individu itu boleh dijalankan.

Bagaimanapun, klip video itu sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

KDN mengingatkan warga kerjanya atau mana-mana individu tidak menyalahgunakan nama kementerian demi kepentingan diri.


Pengarang :