AGAMASELANGOR

25 masjid dan surau Hulu Langat terima peruntukan RM300,000

OLEH NORHAYATI UMOR

BANGI, 15 FEB: Sejumlah RM300,000 diperuntukkan kepada 25 masjid dan surau sekitar daerah Hulu Langat dalam usaha memperkasakan institusi itu.

Majlis penyerahan sumbangan itu disampaikan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, di sini.

Lima masjid terdiri daripada Al-Hasanah, Kembong Hilir, Kuala Pajam, Al-Falah dan Batu 10 Cheras menerima RM20,000.

Manakala 20 buah surau masing-masing menerima peruntukan RM10,000.

Selesai menyerahkan sumbangan, Amirudin turut menunaikan solat Jumaat berjemaah diimamkan Imam Masjid Al-Hasanah.

Turut diadakan majlis kenduri rakyat dan sesi bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Masjid sebelum bergerak ke Rancangan Tebatan Banjir, di Semenyih.


Pengarang :