NASIONAL

Nafi OKU bujang tidak terima Bantuan Sara Hidup

PUTRAJAYA, 23 FEB: Kementerian Kewangan menafikan laporan bahawa orang kelainan upaya (OKU) bujang yang tular di media sosial, tidak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Kementerian itu dalam kenyataan berkata, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat turut membantu lebih daripada 140,000 OKU dengan bantuan Elaun Pekerja Cacat atau Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja.

“Oleh itu, individu yang dilaporkan sudah menerima Elaun Pekerja Cacat RM400 sebulan dan layak menerima bayaran BSH untuk kategori bujang sebanyak RM100,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pada masa sama, kementerian itu berkata, tiga juta orang dalam kategori bujang akan menerima BSH sebanyak RM100, pada hujung bulan hadapan.

Terdahulu, kisah Ishak Awi, 59, dari Kuala Terengganu yang terkilan setelah tidak layak menerima BSH 2019 menjadi tular.

Ishak yang kudung dua belah kaki serta cacat tangan kiri dilaporkan belum layak memohon kategori warga emas kerana belum berusia 60 tahun.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :