BUKIT MERTAJAM, 23 Feb — Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin beramah mesra dengan penduduk pada Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Program Suri Peringkat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia di Pangsapuri Ampang Jajar hari ini. Turut sama Pengarah Bomba Negeri Pulau Pinang Saadon Mokhtar (tiga, kiri). — fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Bomba perlu isi lebih 2,000 kekosongan

SEBERANG JAYA, 23 FEB: Golongan belia termasuk wanita digesa menyertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang memiliki lebih 2,000 kekosongan jawatan, setakat ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kekosongan itu perlu diisi segera bagi menampung keperluan semasa yang banyak disokong pasukan bantuan termasuk sukerelawan bomba dan bomba komuniti.

“Pada masa ini, hanya terdapat kira-kira 14,000 anggota bomba di seluruh negara,” katanya kepada pemberita pada Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Program Suri JBPM Pulau Pinang, di sini.

Pada masa sama, beliau yakin sebarang pengurangan jawatan dalam sektor awam tidak akan membabitkan JBPM yang bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda awam dan negara.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam yang berpandangan saiz warga sektor awam di negara ini terlalu besar dan perlu dikecilkan.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :