Yasmin Mahmood dilantik pengerusi baharu Pos Malaysia | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Yasmin Mahmood dilantik pengerusi baharu Pos Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 MAC: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood, dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Pos Malaysia Bhd berkuat kuasa 1 April ini.

Yasmin akan menggantikan Datuk Mohammad Zainal Shaari, yang meletakkan jawatan bagi memberi tumpuan kepada program rasionalisasi yang sedang dilaksanakan dalam DRB-Hicom Group.

Mohammad Zainal menjadi pengerusi DRB-Hicom, syarikat induk Pos Malaysia, pada 13 April, 2018.


Dalam kenyataan hari ini, Pos Malaysia berkata Yasmin, yang meninggalkan MDEC pada pertengahan Januari 2019, merupakan pemimpin berfikiran global dalam aspek transformasi, perundingan dan pelaksanaan ekonomi digital.

Semasa kepimpinanan beliau, MDEC melonjak ke tahap yang tidak pernah dicapai sebelum ini dan menjadikan ekonomi digital sebagai enjin pertumbuhan Malaysia.

Tahun lalu, beliau diiktiraf sebagai antara 100 individu paling berpengaruh di dunia dalam kerajaan digital oleh Apolitical, sebuah rangkaian global bebas bagi kerajaan, yang berpangkalan di United Kingdom, untuk membantu penjawat awam mencari penyelesaian kepada isu berkaitan.

Pada masa ini, Yasmin merupakan pengarah urusan FutureReady Consulting Sdn Bhd.

Sementara itu, Pos Malaysia juga mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas berkuat kuasa 1 April 2019.

Penyedia perkhidmatan pos itu berkata, Zamzamzairani meletak jawatan kerana komitmennya yang tinggi sebagai anggota lembaga pengarah di syarikat lain. -BERNAMA

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next