Passenger planes of Malaysia’s national flag carrier, Malaysian Airline System Bhd (MAS), sit in the tarmac at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, outside Kuala Lumpur, Malaysia, Wednesday, Dec. 6, 2006. National carrier Malaysia Airlines will embark on a massive exercise to improve service, match rivals’ lowest fares, and revamp its ticketing process to catch up with regional foes Cathay Pacific and Singapore Airlines, its chief executive said Wednesday. (AP Photo/Vincent Thian)
BERITA UTAMA NASIONAL

Malaysia Airlines nafi kadar tambahan bayaran bagasi

KUALA LUMPUR, 17 APR: Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan bahawa senarai kadar tambahan bagi bayaran bagasi oleh syarikat penerbangan itu yang tular dalam media sosial adalah tidak betul.

MAS dalam satu kenyataan berkata, bahawa kadar bagasi tambahan (pra bayar) masih berlandaskan kepada tanda aras industri dan berdaya saing dengan apa yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan lain.

“Terdapat dua jenis kadar bagasi, satu untuk bagasi tambahan (pra bayar) dan satu lagi untuk bagasi berlebihan. Bagi bagasi berlebihan yang dibayar semasa daftar masuk di lapangan terbang, kadarnya tetap sama.

“Kadar untuk bagasi tambahan (prabayar) adalah dinamik bergantung kepada sektor, promosi, permintaan dan sebagainya. Penumpang bagaimanapun dapat mengetahui kadar tersebut semasa membuat tempahan melalui “my booking” atau semasa aliran tempahan,” kata MAS dalam satu kenyataan kepada Bernama semalam.

Pada masa ini, senarai caj untuk tambahan bayaran bagasi untuk Ekonomi Lite untuk MAS tanpa sebarang elaun bagasi telah tular menerusi media sosial.

Kenyataan itu menasihatkan penumpang untuk klik pada pautan https://mhcare.malaysiaairlines.com/faq/s/article/Excess-Baggage-What-is-the-excess-baggage-fee-structure?language=en_US, untuk melihat struktur yang sah.

Bermula 8 April 2019, penumpang yang melakukan perjalanan di Malaysia dalam kelas ekonomi MAS dapat memilih kombinasi tambang dan perkhidmatan yang terikat.

Ia meliputi beberapa keistimewaan termasuk elaun bagasi serta pilihan lain, yang membolehkan penumpang membayar apa yang mereka perlukan.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :