SELANGOR

MB berkongsi kasih bersama anak yatim Sungai Tua

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 11 MEI: Amalan berkongsi kasih bersama anak yatim dan golongan memerlukan di Sungai tua diteruskan di bulan Ramadan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, amalan berkongsi kasih ini sudah pun bemula sejak beliau mula berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) lagi dengan menghulurkan pelbagai sumbangan.

“Amalan berkongsi kasih dengan anak-anak kariah di sini bermula sudah agak lama.

“Program ini diadakan setiap tahun sejak saya menjadi ADN dengan memberi bantuan kepada golongan memerlukan seperti anak yatim ini,” katanya.

Beliau yang juga merupakan ADN Sungai Tua berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Anak-Anak Yatim DUN Sungai Tua di Masjid Jamiatus Solahiah, Batu Caves di sini, hari ini.

Amirudin berkata, sumbangan kali ini disumbangkan Pejabat ADN Sungai Tua dan Masjid Jamiatus Solahiah.

Amirudin berharap sumbangan diberikan dapat membantu golongan terbabit membuat persiapan aidilfitri bakal menjelang tidak berapa lama lagi.

Terdahulu, seramai 50 anak-anak yatim menerima sumbangan yang disampaikan Amirudin sendiri.

Amirudin turut menunaikan solat Asar berjemaah dan mengambil kesempatan beramah mesra mendengar sendiri isu berbangkit dihadapi masyarakat tempatan.


Pengarang :