BERITA UTAMASELANGOR

Sultan Selangor teruskan amalan iftar bersama warga UiTM Shah Alam

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, hari ini.

Ketibaan baginda sekitar 6.40 petang disambut Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, Naib Canselor UiTM, Ir Dr Mohd Azraai Kassim dan Pro Canselor UiTM, Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah.

Pada majlis sama, seramai 19 asnaf dari kalnagan pelajar UiTM layak menerima zakat yang disampaikan sendiri Sultan Sharafuddin di dewan solat utama Masjid Tuanku Mizan.

Bagi kategori asnaf fakir, seramai 14 pelajar layak menerima sumbangan RM1,200 bagi Ijazah Sarjana Muda manakala Diploma menerima RM800.

Asnaf miskin seramai 13 pelajar pula menerima RM1,000 bagi Ijazah Sarjana Muda sementara RM800 untuk Diploma.

RM800 diberikan kepada asnaf fisabilillah Ijazah Sarjana Muda dan Diploma layak menerima RM600.

Tidak ketinggalan tiga asnaf muallaf menerima sumbangan RM500 setiap bulan dengan jumlah keseluruhan sumbangan RM19,900.

Setiap tahun, Sultan Sharafuddin akan berangkat mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga UiTM di samping menunaikan Solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjemaah serta disusuli Solat Sunat Terawih.

 


Pengarang :