SELANGOR

EXCO hargai pengorbanan polis ketika perayaan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 11 JUN: EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han menghargai pengorbanan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas pada sambutan Aidilfitri, kali ini.

Penghargaan itu dinyatakan melalui perkongsian status di laman facebooknya, baru-baru ini.

“Tatkala kawan-kawan Muslim gembira meraikan sambutan hari raya, terdapat sekumpulan kawan yang korbankan hari raya demi menjalankan tugas mereka.

“Ayuh tunjukkan sokongan kepada anggota polis,” tulisnya.

Pada status sama, Sze Han turut berkongsi beberapa gambar anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Serdang yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan Kinrara.


Pengarang :