Op Selamat 15: Lebih 7,000 kemalangan direkod setakat ini | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Op Selamat 15: Lebih 7,000 kemalangan direkod setakat ini

KUALA LUMPUR, 2 JUN: Sejumlah 7,012 kemalangan jalan raya membabitkan 10,042 kenderaan dilapor dalam tempoh empat hari sejak Ops Selamat 15 sempena Hari Raya Aidilfitri dilancarkan Rabu lepas.

Seramai 69 maut akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh itu.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad berkata Selangor merekodkan jumlah kemalangan paling tinggi iaitu 2,154 kes, diikuti Johor (1,068 kes), Kuala Lumpur (989 kes) dan Pulau Pinang (616 kes).


“Sebanyak 1,238 operasi dijalankan di seluruh negara dengan 96,127 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi kes pecah rumah dan premis pula, 158 kes direkod dalam tempoh empat hari.

Op Selamat 15/2019 bermula Rabu lepas sehingga 12 Jun memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama iaitu memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.

– BERNAMA

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next